Wednesday, March 25, 2009

da lama n da lupe....

da lama xbukak blog sbb xsmpt...keje byk...

yg dasyatnye, blog lama pun da lma pe passwordnye...sbbnye? sbb da lama xbukak

tu yg wat blog baru ni...tp bila da wat blog baru, egtkan dptla aktif blk mcm dlu...

sbnrnye, sma je...jarang dpt bukak...hampeh...( arap2, xla lupe lg... )




Thursday, February 19, 2009

LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

Penubuhan

Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif telah dijalankan sejak tahun 1968 lagi apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-Banda Radioaktif 1968. Memandangkan perkembangan aktiviti-aktiviti tenaga atom di Malaysia amatlah pesat dan memerlukan pengawalan yang lebih berkesan. maka pada April 1984 Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304).

Selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1 Februari 1985. AELB bertindak sebagai sebuah badan penguatkuasa ke atas Akta 304 dan perundangan-perundangan subsidiari yang di buat di bawah akta tersebut. Mulai 27 Oktober 1990 AELB telah diletakan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. AELB dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri. Ahli-ahli ini kesemuanya berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan tenaga atom.

Objektif
• Untuk memastikan teknologi nuklear dan sinaran dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat dan negara tanpa memberi kesan negatif kepada masyarakat awam, alam sekitar dan pekerja.
• Untuk memperolehi, menyebar dan menjana pengetahuan untuk meningkat keselamatan nuklear dan sinaran, sekuriti serta kawalgunaan. • Untuk menghasilkan kemakmuran melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan diyakini masyarakat antarabangsa dengan satu kerangka perundangan negara yang berwibawa dan kompeten selaku pemudah bagi industri tempatan untuk memperolehi teknologi-teknologi sensitif termoden untuk negara. .

Misi
Menggalakan budaya inovasi bagi memastikan penggunaan teknologi nuklear dan sinaran dengan aman dan selamat untuk semua.VisiSentiasa relevan sebagai sebuah badan perundangan yang berwibawa dalam keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti dan kawalgunaan untuk kegunaan secara aman bagi pembangunan mampan.

FungsiFungsi-fungsi AELB seperti termaktub di dalam Akta 304 adalah seperti berikut:

• Memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan Malaysia atas perkara-perkara berhubungan dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan perkembangan perkembangan mengenainya terutamanya mengenai implikasi-implikasi perkembangan itu bagi Malaysia;
• Mengawal dan mengawasi aktiviti penggunaan tenaga atom dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
- Menubuhkan, menyenggara dan mengembangkan kerjasama saintifik dengan mana-mana badan, institusi atau organisasi lain berhubungan dengan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom sebagaimana difikirkan sesuai oich Lembaga bagi maksud-maksud Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984;
• Di mana diarahkan sedemikian oleh Kerajaan Malaysia, melaksanakan atau memperuntukkan bagi pelaksanaan obligasi-obligasi yang timbul daripada perjanjian, konvensyen atau triti berhubungan dengan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom yang mana Malaysia menjadi satu pihak jika perjanjian, konvensyen atau triti itu ada hubungan dengan maksud-maksud Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984; dan
• Melakukan perkara-perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi-fungsi Lembaga ini di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 yang tidak berlawanan dengan maksudmaksud Akta itu, sama ada diarahkan atau tidak diarahkan oleh Menteri.

Dasar Kualiti
Kami adalah komited kepada out-put yang berkualti mengikut standard yang ditetapkan demi memenuhi kepuasan pelanggan-pelanggan kami terdiri darpada pemegang-pemegang lesen, pekerja sinaran dan orang awam dengan penuh tanggungjawab dan profesional.
Objektif Kualiti

Bagi mencapai Dasar Kualiti, AELB akan:
i. Memastikan Piagam Pelanggan dipatuhi dan dikaji keberkesanannya dari semasa ke semasa.
ii. Memotivasikan, melatih dan menerapkan budaya kerja cemerlang di kalangan pekerja.
iii. Mengambil tindakan ke atas setiap aduan yang diterima.
iv. bersikap profesional dan berlaku adil dalam menguatkuasakan Akta 304.

Baju bercorak sama

Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya..

Shima : Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus...


Ramli : Tak apalah... Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya.


Shima : Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.

huahuahua